Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin semasa sesi bergambar. Foto TVS

Kerajaan Sarawak dijangka mengadakan perjanjian jual beli MASWings pertengahan tahun ini

MIRI, 21 April: Kerajaan Sarawak dijangka akan mula mengadakan perjanjian jual beli dan pengambilalihan syarikat penerbangan MASWings Sdn Bhd (MASWings) pada pertengahan tahun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihak mereka sedang melalui proses pemeriksaan aspek sebelum meneruskan persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan Malaysia Airlines.

“Kita semua sedia maklum bahawa kita sedang akan mengambil alih penerbangan MASWings dan kita sekarang masih dalam proses untuk periksa setiap aspek seperti dari segi kewangan, perundangan dan teknikal.

“Apabila semua dah siap, kita dah bersetuju, Kerajaan Persekutuan dan pihak Malaysian Airlines bersetuju, lepas itu kita akan mengadakan satu perjanjian jual beli, jadi mudah-mudahan pada pertengahan tahun ini kita boleh mengadakan perjanjian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Persatuan Melayu Miri (PMM) pada Ahad.

Kim Shin turut mengingatkan pihak pengurusan Lapangan Terbang Kuching dan Miri untuk mempertingkatkan kebersihan terutama tandas untuk keselesaan penumpang.

Menurutnya, lapangan terbang merupakan fasiliti penting yang perlu dipertingkatkan untuk industri pelancongan selain kemudahan lain seperti hotel dan tempat penginapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan