Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui selepas Kejohanan Bola Sepak Perpaduan DUN Asajaya Edisi Ke-56 di Kampung Sambir hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Fasa pertama agihan lot perumahan Kampung Sambir mula tahun depan

ByAdlina Rahman

ASAJAYA, 21 April: Fasa pertama agihan lot perumahan Kampung Sambir di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dijangka bermula pada tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan, lebih 300 lot tanah disediakan bagi manfaat penduduk Kampung Sambir termasuk pembinaan perumahan baharu, prasarana kemudahan dan juga bagi tujuan komersial yang akan diberikan kepada penduduk yang layak.

“Peratusan gerak kerja dari segi penembokan tanah boleh saya katakan sudah siap bagi mendirikan prasarana dan rumah untuk peduduk Kampung Sambir. (Ini) kerana kita tidak mahu rakyat terlalu ramai berhijrah keluar.

“Jadi mereka akan tinggal bersama, ini bermakna untuk satu keluarga. Ia untuk keluarga yang besar. Contohnya mereka mempunyai empat hingga lima orang anak, seorang anak akan dapat sekurang-kurangnya satu lot di sini,” kata Abdul Karim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan DUN Asajaya Edisi Ke-56 di Kampung Sambir di sini, petang tadi.

Sebanyak 48 pasukan merebut piala kejohanan bagi acara tersebut yang telah diadakan sejak 12 April lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan