ANKARA (Turkiye), 20 April: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh tiba di Istanbul pada Jumaat untuk berbincang dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Sehari sebelum pertemuan tersebut Erdogan menegaskan bahawa beliau akan terus mempertahankan perjuangan Palestin dan menjadi suara rakyat Palestin yang tertindas.
Pertemuan terakhir Erdogan dengan Haniyeh adalah pada Julai 2023 ketika Erdogan menerima kunjungannya dan Presiden Palestin Mahmud Abbas di Istana Presiden di sini.
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang berada di Qatar pada Rabu berkata beliau menghabiskan tiga jam bersama Haniyeh bagi membincangkan rundingan untuk gencatan senjata.
Qatar, menjadi pengantara antara Israel dan Hamas, mengakui bahawa rundingan untuk menamatkan permusuhan di Gaza dan membebaskan tebusan sebagai terhenti.
Peperangan di Gaza bermula selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,170 orang, kebanyakannya orang awam.