Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Leeds bagi lawatan kerja rasmi ke United Kingdom. Foto Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak tiba di Leeds untuk lawatan kerja ke UK

ByEekbal Yusuf

LEEDS, 20 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama rombongan kerajaan negeri tiba di Leeds dalam rangka lawatan kerja rasmi ke United Kingdom (UK).

Premier Sarawak yang diiringi Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki selamat tiba di sebuah hotel penginapan di Leeds pada 10.30 malam waktu tempatan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tiba di Leeds. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pada Isnin, Premier Sarawak akan mengetuai delegasi kerajaan negeri melawat Loji Janakuasa Drax, loji tenaga yang dijana melalui palet kayu dengan kapasiti penjanaan 3,960 megawatt.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat penggunaan teknologi dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharu dengan menggunakan sumber kayu.

Seterusnya, Premier Sarawak serta rombongan akan meneruskan lawatan kerja ke London bagi menyaksikan pemeteraian dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SMD Semiconductor dan CSA Catapult di Dewan Rakyat, Parlimen UK pada Selasa.

Pada Rabu pula, Premier Sarawak akan ke Poland bagi menghadiri Forum Teknologi Hidrogen.

Beliau akan menyertai sesi Debate Regions for the Planet bagi berkongsi persepektif Sarawak ke arah peralihan tenaga boleh diperbaharui serta kelestarian alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan