Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua puluh lima startup yang disenarai pendek untuk menyertai program pemecut, MYStartup Accelerator Kohort 3.

Memperkasa ‘startup’, 25 syarikat dipilih sertai MYStartup Accelerator Kohort 3

ByKimberly Dickson

KUCHING, 20 April: Dua puluh lima startup teknologi disenarai pendek untuk menyertai program pemecut, MYStartup Accelerator Kohort 3.

MYStartup memaklumkan senarai berkenaan yang dipilih daripada 60 permohonan, terdiri daripada empat sektor utama – kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, penjagaan kesihatan dan pembangunan perisian.

Startup terpilih itu akan menjalani program pengayaan selama empat bulan yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

“Dalam masa yang sama memupuk persekitaran ekosistem yang berinovasi, melangkaui sempadan dan memangkin perubahan di Malaysia,” kata MYStartup menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke berkata startup ialah salah satu asas penting dalam pembangunan ekonomi negara.

“Berdasarkan laporan tahun 2023 oleh Global Startup Ecosystem Report (GSER), ekosistem startup di Malaysia dianggarkan bernilai sebanyak USD 4.6 bilion,” katanya menerusi kenyataan yang sama.

Program MYStartup Accelerator direka untuk startup yang berpotensi berkembang pesat dan berasaskan teknologi, sama ada dalam peringkat menjana pendapatan atau produk berdaya maju minimum.

Sehingga kini, MYStartup Accelerator berjaya memperkasa 58 startup melalui dua kohort sebelumnya.

Berikut merupakan senarai syarikat yang dipilih menyertai kohort ketiga.

  • Nakngaji – platform ini menawarkan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran secara khusus
    dalam talian.
  • Otter Barista – mesin robotik yang menyediakan minuman kopi yang berkualiti tinggi.
  • Ollie & Hana – pakar penjagaan dan hotel penginapan haiwan peliharaan.
  • ALT Synergy – aplikasi bioteknologi yang strategik untuk meningkatkan keberkesanan
    suplemen.
  • WeAssist – pembangun aplikasi mudah alih yang memberi tumpuan kepada
    menghubungkan orang ramai kepada kemudahan penjagaan kesihatan.
  • Messengerco – sebuah platform sehenti untuk pemberian hadiah korporat.
  • EasyRenz – sebuah penyelesaian pengurusan penyewa automatik.
  • Numom – pakar dalam produk ibu mengandung dan bayi dengan memberi tumpuan
    kepada sokongan penyusuan.
  • Resitku – aplikasi mudah alih untuk resit perbelanjaan, rekod pendapatan dan
    penyelesaian cukai.
  • Dreamory – platform komprehensif pengurusan acara.
  • Heycast.me – platform pencarian bakat industri hiburan.
  • Property Lab – platform yang dipacu kecerdasan buatan untuk pelaburan hartanah.
  • DeepLogi – gerbang penghantaran pintar bagi perniagaan kecil dan sederhana.
  • Siren Networks – aplikasi keselamatan yang menghubungkan pengguna dengan
    pembekal perkhidmatan penjagaan kecemasan.
  • Axtraction AI – perisian SaaS dipacu kecerdasan buatan untuk proses
    pendokumentasian.
  • Quasa.ai – menyediakan penyelesaian teknologi pematuhan dan peraturan kepada
    perniagaan.
  • Infinitlab – penyelesaian ERP SaaS modular yang diperkukuh oleh rangka kerja siap AI
    untuk pengurusan perniagaan yang lancar dan cekap.
  • Choladeck – sebuah aplikasi web yang menghasilkan persembahan khusus selaras
    dengan jenama dan menyediakan pandangan berharga mengenai interaksi audiens.
  • VStream – penyedia penyelesaian insurans digital dron.
  • Astra Medical Technologies – menyediakan akses kepada teknologi perubatan terkini.
  • Pixalink – sebuah sistem berasaskan awan yang direka untuk membantu perusahaan
    kecil dan sederhana mendapatkan pelanggan baru.
  • Toolbox2u – sebuah platform untuk mendapatkan dan mengurus bekalan perindustrian.
  • Wander Wild – sebuah platform digital yang menawarkan pelbagai pengalaman percutian
    di Asia Tenggara.
  • AI Love Code – sebuah alat berasaskan web yang menggunakan kecerdasan buatan
    untuk membantu pembangun web membina laman web dengan lebih cepat dengan
    menukar teks mudah kepada kod.
  • EZDisposal – sebuah platform yang menghubungkan pelanggan yang memerlukan
    bantuan untuk membuang barang-barang besar dengan pemandu khas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan