Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wisma Putra menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa. Foto fail Wisma Putra (FB)

Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 April: Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

“Mereka juga diminta supaya sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau hubungi talian +98 21 880724444 atau +98 21 88078606, juga menerusi e-mel mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com.

Media melaporkan letupan kedengaran di beberapa bandar di Iran awal Jumaat di tengah-tengah dakwaan serangan dilakukan Israel ke atas Iran.

Letupan dilaporkan berlaku di Isfahan, di tengah Iran dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Ketegangan antara Iran dan Israel meningkat selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya.

Israel berkata akan ia bertindak balas secara ketenteraan kepada serangan Iran hujung minggu lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan