Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nelayan asing ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara. Foto Maritim Malaysia

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan di perairan Malaysia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 April: Lapan nelayan asing ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata tiga bot dari Indonesia itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak pada 5.20 pagi semalam.

“Kesemua bot itu dikesan Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah ketika rondaan operasi di kedudukan lebih kurang 156 batu nautika Utara Tanjung Po.

“Ketiga-tiga bot berkenaan tiada nombor pendaftaran dan lapan kru bot termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua yang ditahan berasal dari Indonesia dan berusia dalam lingkungan di antara 22 hingga 62 tahun.

Kru, bot dan hasil tangkapan ditahan dan diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM1 juta.

Dalam masa sama, Maritim Malaysia berkata bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana bot nelayan asing yang memasuki dan melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara tanpa kebenaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan