KUCHING, 20 April: Seorang lelaki selamat dalam insiden kebakaran keretanya di Batu Tiga, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata setibanya pasukan bomba di tempat kejadian kereta tersebut dianggarkan telah terbakar 80 peratus.
“Pasukan Gerakan Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang mendapati tiada pemandu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bomba menerima panggilan pada 9.03 pagi.
Menurutnya lagi, pasukan bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula, air dari pam jentera untuk mengawal serta memadam kebakaran.
“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.18 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada 10.05 pagi,” katanya.