Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak memperuntukan RM124 juta untuk membaik pulih fasiliti sukannya manakala RM80 juta lagi diperuntukkan bagi melaksanakan persiapan atlet-atlet Sarawak. Foto TVS

Kemudahan dan fasiliti SUKMA siap 25 peratus setakat ini

ByTVS

KUCHING, 20 April: Semua kemudahan dan fasiliti yang bakal digunakan bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para Sukma ke-21 telah siap sebanyak 25 peratus.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick berkata, bagi persiapan tersebut, Sarawak memperuntukan RM124 juta untuk membaik pulih fasiliti sukannya manakala RM80 juta lagi diperuntukkan bagi melaksanakan persiapan atlet-atlet Sarawak.

“Sekarang ini kemudahan berada di bawah pengurusan Kerjasama Sukan Sarawak dan sekarang terdapat 25 kesemuanya di bawah kemudahan sukan sedang di bawah kemajuan.

“Kemudian kami menjangkakan bahawa semua venue ini akan siap pada Julai sekurang-kurangnya satu bulan sebelum Sukma pada bulan Ogos,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di Pusat Tinju Sarawak di Kuching pada Sabtu.

Penganjuran SUKMA akan diadakan di sembilan bahagian Sarawak yang menempatkan sebanyak 37 kejohanan sukan.

Bagi daerah Kuching, sebanyak 25 sukan akan berlangsung dan selebihnya akan diadakan di Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan