Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan oleh Rejim Zionis itu didakwa meningkat sejak Perang Israel dengan pejuang Palestin yang disokong Iran Hamas di Semenanjung Gaza bermula pada 7 Oktober lalu. Foto fail AFP

Israel dan sekutunya terus mengganas di negara Islam

ByAFP

DAMSYIK, 20 April: Syria menggesa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil semua langkah pencegahan untuk menghentikan aktiviti keganasan oleh Israel.

Kenyataan itu dibuat Kementerian Luar Syria selepas siri serangan Israel yang menyasarkan kedudukan tentera Syria di selatan negara itu.

Dalam satu lagi kenyataan, Kementerian Pertahanan Syria pula berkata Israel melakukan serangan menggunakan peluru berpandu dan mensasarkan kem pertahanan udara Syria di wilayah selatan dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Pemantau perang dan kemanusiaan Syria berkata Israel menyasarkan kedudukan radar tentera di wilayah selatan Daraa yang telah mengesan kemasukan pesawat Israel ke ruang udara negara itu.

Ketua Balai Cerap yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman berkata serangan itu berlaku ketika tentera udara Israel terbang secara agresif di atas wilayah Daraa tanpa pertahanan udara Syria mengambil sebarang tindakan.

Tentera Israel telah melakukan ratusan serangan di Syria sejak meletusnya perang saudara di negara itu pada 2011, terutama terhadap kedudukan tentera dan pejuang yang disokong Iran.

Serangan oleh Rejim Zionis itu didakwa meningkat sejak Perang Israel dengan pejuang Palestin yang disokong Iran Hamas di Semenanjung Gaza bermula pada 7 Oktober lalu.

Israel memberi amaran ia akan bertindak balas selepas Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke atasnya pada 13 april.

Serangan balas Iran tersebut tercetus sebagai tindak balas terhadap tindakan serangan maut oleh Israel ke atas Konsulat Tehran di Damsyik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan