Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama penduduk yang memeriahkan Ramah Tamah Aidilfitri DUN Semop, Zon Utara Pulau Bruit di Kampung Tekajong, hari ini. Foto Pusat Khidmat DUN Semop

Guna media sosial untuk menghina dan menghasut adalah ‘anasir subversif’ yang serius

BySaibi Gi

PULAU BRUIT, 20 April: Tindakan pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin menerusi media sosial boleh menimbulkan suasana tegang dan pandangan serong masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan tindakan sedemikian terus berleluasa.

Datuk Abdullah Saidol pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bagi Zon Utara Pulau Bruit di Kampung Tekajong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

“Ia mampu meretak suasana harmoni dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

“Jika fakta dan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan, saya harap individu-individu yang dianggap ‘subversif perpaduan’ akan disabit kesalahan dan mendapat hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada mereka yang bersikap sama,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai penangkapan seorang individu yang mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan dan penghinaan terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kerja Raya di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, perkara begini sering berlaku sehingga ramai turut mengeluarkan kenyataan yang tidak sopan dan melampau terhadap pemimpin.

Dalam pada itu, berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ADUN Semop di Kampung Tekajong di sini, hari ini, Abdullah mengajak semua penduduk kampug serta masyarakat jiran agar sentiasa bekerjasama dalam usaha membina suasana harmoni dan kemudahan selesa di setiap kampung masing-masing.

Setiap pemimpin kampung perlu bijak mengurus setiap isu dan permasalahan yang bangkit di kampung masing-masing, termasuk menyalurkan aduan segera kepada wakil rakyat atau terus berhubung dgn agensi kerajaan berkaitan.

“Terdapat juga individu yang berakal pendek mengambil kesempatan tanpa merujuk dgn kepimpinan kampung atau mana-mana agensi berkaitan menerbitkan kenyataan di media sosial berkaitan permasalahan di kampung sehingga menimbulkan buruk sangka dan fitnah,” katanya.

Mengenai majlis ramah tamah tahun ini, ia dibahagikan kepada enam zon dalam kawasan DUN Semop, berbeza dengan tahun sebelum ini yang diadakan di setiap 20 kampung.

Enam zon tersebut adalah Zon Utara Pulau Bruit membabitkan tujuh kampung dan Kampung Tekajong sebagai tuan rumah.

Zon Selatan Pulau Bruit merangkumi lima kampung yang dihoskan Kampung Saai, manakala Zon Paloh meliputi tiga kampung dengan menjadikan Kampung Paloh sebagai lokasi penganjuran.

Bagi Zon Serdeng, ia meliputi tiga kampung yang diadakan di Kampung Serdeng, Zon Tanjung Bundung diadakan di Kampung Tanjung Bundung yang membabitkan tiga kampung dan Zon Kampung Melayu Bintangor membabitkan lapan kampung yang diadakan di kampung tersebut.

Menurutnya, setiap kampung akan berpeluang menjadi tuan rumah majlis ini mengikut giliran.

Antara ciri menarik tentang majlis ini adalah setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung akan mendirikan pondok hidangan makanan dengan hiasan menarik kerana ia dipertandingkan dan hadiah ditawar kepada pondok hidangan terbaik.

Majlis turut dimeriahkan dengan hiburan dan cabutan bertuah yang menawarkan banyak hadiah seperti televisyen, peti sejuk, mesin sasuh dan pelbagai peralatan dapur.

“Majlis amat meriah dengan kehadiran ramai penduduk dari kampung berdekatan yang mengambil kesempatan untuk bergaul mesra sambil menjamu selera,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan