Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Asajaya 2024. Foto TVS

Boulevard terbesar di Sarawak bakal dibina di Kota Samarahan – Abdul Karim

ASAJAYA, 20 April: Sebuah Boulevard atau dataran lapang yang terbesar di Sarawak bakal dibina di kawasan Samarahan berdekatan bulatan Masjid Al-Mutaqin menuju ke bangunan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Mengulas mengenai perkara itu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembinaan Boulevard di kawasan Samarahan itu sebagai perancangan kerajaan negeri bagi menggantikan lokasi acara besar-besaran yang sering diadakan di Padang Sentral, Kuching.

Tambah beliau lagi, pemilihan lokasi di Samarahan yang terletak di bawah lingkaran Bandaraya Kuching dilihat tepat dengan mengambil kira pembangunan pesat yang berlaku di kawasan tersebut.

“Padang Sentral pada ketika ini semakin mengecil. Apabila kita mengadakan perarakan, (kawasan itu) terlalu sesak dan kita memerlukan ruang besar yang tidak akan menyebabkan kesesakan di bandar.

“Oleh kerana itu kita membuat perancangan untuk membina Bolevard terpanjang di Sarawak di mana 30 atau 50 tahun akan datang, apabila kita ingin mengadakan perarakan yang besar-besaran kita boleh mengadakannya di Samarahan yang berada di Lingkaran Bandaraya Kuching,” katanya lagi.

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Asajaya 2024 di Kompleks Sukan Asajaya, pagi tadi.

Hadir sama isteri beliau Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat.

Tambah beliau lagi, projek pembinaan Boulevard Samarahan sepanjang dua kilometer dengan lebar 26 meter menelan belanja lebih RM100 juta telahpun dipersetujui oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dijangka bermula tahun ini selepas pemilihan kontraktor bagi mengendalikan projek itu dilakukan.

Apabila siap nanti, kawasan dataran itu akan mempunyai pelbagai fasiliti seperti laluan trek joging dan basikal serta ruang bagi riadah keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan