Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkembangan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan liputan bekalan air, elektrik, internet dan pengedaran tong gas Petros. Foto hiasan Envato

Perkembangan inisiatif tambah baik utiliti di Sarawak dibentangkan di DUN Mei ini

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 19 April: Perkembangan terkini inisiatif Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dalam menambah baik dan meningkatkan kualiti berkaitan empat bidang utiliti akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 6 Mei ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ia terdiri daripada inisiatif untuk meningkatkan liputan bekalan air, elektrik, internet dan pengedaran tong gas Petros.

“Empat agensi ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk kita memastikan bahawa setiap utiliti yang memberi manfaat kepada rakyat seluruh Sarawak dapat kita laksanakan.

“Pada sidang DUN yang akan datang, ia akan jadi fokus ucapan pihak kementerian terutama ucapan penggulungan yang akan disampaikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di sini, malam tadi.

Berkenaan liputan bekalan elektrik, Abdul Rahman berkata pihak Sarawak Energy Berhad mempunyai pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai sasaran 100 peratus liputan elektrik pada 2050.

Manakala sasaran untuk mencapai sasaran 100 peratus air bersih pada 2030 pula, kementerian berdepan cabaran terutama menyalurkan air ke kawasan pedalaman.

“Oleh sebab demikian, kita ada satu program khas yang kita mulakan pada tahun 2017 iaitu Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak. Sesetengah tempat yang tidak mendapat bekalan air bersih melalui paip air kerana terlalu jauh, maka kita adakan sistem kendiri.

“Dalam erti kata lain, kita ambil air dari sungai, tadahan hujan atau punca graviti, kita proses dan dapat bekalkan air tersebut di kampung-kampung berkenaan tanpa perlu tunggu air dari grid,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan