Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roselan Ramli menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Kastam, Bagan Jermal di Butterworth, hari ini. Foto TVS

Kastam rampas syabu hampir RM1 juta diletak bawah pokok

ByTVS

BUTTERWORTH, 19 April: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu selepas menyerbu sebuah rumah di Bukit Gelugor di sini 4 April lalu.

Operasi oleh Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang hasil risikan Ibu Pejabat JKDM itu dibuat kira-kira pukul 9.30 malam.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Roselan Ramli berkata, serbuan dibuat apabila tiada sebarang pergerakan manusia di kawasan itu selepas menunggu hampir lapan jam.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menemukan dua beg yang diletakkan di bawah pokok di hadapan rumah.

Sebahagian daripada 30 kilogram dadah disyaki syabu yang dirampas pihaknya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Kastam, Bagan Jermal. Foto TVS

“Hasil pemeriksaan rapi di dalam beg menemukan 30 bungkusan kecil yang dibalut dalam bungkusan teh hijau Guanyinwang berisi hablur kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Dadah seberat 30 kilogram itu dianggarkan bernilai RM996,976 dan boleh digunakan oleh kira-kira 150,000 penagih,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Kastam, Bagan Jermal di sini hari ini.

Ujar beliau, sindiket menggunakan modus operandi membungkus syabu tersebut di dalam tiga lapisan bungkusan termasuklah pelekat tertera perakataan ‘mudah pecah’ dalam usaha mengaburi mata pihak berkuasa.

Pihaknya juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bangunan berhampiran bagi mengesan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan