Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto UKAS

Awan debu susulan letusan Gunung Ruang, kerajaan Sarawak tunggu saranan pakar

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 19 April: Kerajaan Sarawak menunggu perkembangan lanjut dan saranan pakar berhubung ramalan awan debu memasuki ruang udara negeri ini susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ruang udara di bahagian selatan Sarawak mungkin tidak terjejas berbanding di kawasan utara dan ramalan berkenaan juga bergantung dengan arah tiupan angin.

“Yang kita khuatirkan sebenarnya ialah zarah-zarah kecil. Sebab itu kapal terbang tak dapat berlepas. Kita tengok apa kata saintis,” katanya ketika ditemui media di sini, malam tadi.

Awan debu terhasil akibat letusan Gunung Ruang pada Selasa yang turut menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis mengeluarkan kenyataan bahawa awan debu tersebut tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Terdahulu, Abang Johari serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengadakan kunjungan ke Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ketibaan beliau serta keluarga sekitar 7:45 malam itu disambut Dr Abdul Rahman, isteri serta keluarga.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Sarawak-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan