Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta Malaysia jika kawasan tanah setiap negeri mencerminkan sumbangan kepada KDNK, menurut Apurva Sanghi, Ketua Ahli Ekonomi di Bank Dunia Malaysia. Foto Laman X Apurva Sanghi

Sarawak antara negeri sumbang lebih separuh KDNK negara

KUCHING, 18 Apr: Sarawak merupakan salah satu daripada tiga negeri yang menyumbang lebih separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, menurut Apurva Sanghi, Ketua Ahli Ekonomi di Bank Dunia Malaysia.

Dalam satu hantaran di X hari ini, Apurva, merujuk kepada statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), berkata Sarawak menyumbang 9.75 peratus kepada KDNK negara, manakala Selangor menyumbang 25.54 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyumbang 16.22 peratus.

Memberi gambaran sumbangan KDNK setiap negeri secara visual, Apurva menggunakan grafik di mana Selangor dan WPKL dibesarkan bagi menggambarkan sumbangan KDNK mereka berbanding dengan negeri-negeri jiran.

Sementara itu, saiz fizikal Sarawak di peta dikurangkan secara ketara untuk mencerminkan sumbangan KDNKnya.

Namun, Sarawak masih memegang kawasan tanah yang besar berbanding dengan kawasan KDNK negeri-negeri lain.

“Peta negeri-negeri Malaysia… jika setiap keluasan tanah negeri adalah setaraf dengan sumbangan mereka kepada KDNK negara,” kata Apurva dalam hantarannya di X.

Sarawak telah melihat peningkatan ketara apabila mencatat KDNK RM146 billion pada 2023, iaitu sekitar 4 hingga 5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak mencapai pendapatan negeri sebanyak RM13.3 bilion pada tahun 2023.

“Pertumbuhan ini mencerminkan keberkesanan dasar-dasar dan strategi kerajaan Sarawak dalam memacu kemajuan ekonomi,” kata Abang Johari dalam ucapan Tahun Baru Cina awal tahun ini.

Pertumbuhan ini, menurutnya, didoring oleh usaha berterusan Kerajaan Negeri, yang memperkenalkan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang melaksanakan struktur ekonomi yang lebih baik, memudahkan pelaburan asing dan domestik, serta memperluas infrastruktur fizikal dan digital.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan