JAKARTA, 18 April: Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral (ESDM) mengeluarkan amaran potensi gelombang tsunami selepas insiden letusan Gunung Ruang di wilayah Sitaro, Sulawesi Utara.
Menurut ESDM, potensi tsunami itu bakal mengancam kawasan di sebelah barat Pulau Tagulandang yang berhampiran dengan Gunung Raung.
Ketua Pasukan Kerja Gunung Berapi, Heruningtyas berkata, potensi tsunami boleh berlaku sekiranya bahan letusan Gunung Ruang jatuh ke dalam laut dan menyebabkan paras air laut naik atau bencana tsunami.
“Orang ramai terutama yang tinggal berhampiran pantai perlu peka dengan potensi letusan gunung berapi, awan panas dan tsunami akibat runtuhan badan gunung berapi ke dalam laut,” katanya pada sidang media dalam talian hari ini.
Sejurus itu, beliau mahu orang ramai yang berada dalam radius 6 kilometer (km) dari Gunung Ruang diminta segera berpindah demi menjamin keselamatan masing-masing.
Pada ketika ini, aktiviti Gunung Ruang meningkat dengan ketara iaitu daripada peringkat III (SIAGA) kepada peringkat paling tinggi IV (AWAS). -TVS