Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Penview Convention Centre di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Letusan Gunung Ruang: Batal penerbangan ke Sarawak, Sabah demi keselamatan

KUCHING, 18 April: Tindakan syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak dan Sabah hari ini susulan mengambil kira faktor keselamatan para penumpang dalam pesawat berkaitan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata keputusan yang dibuat itu merupakan langkah berjaga-jaga agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku selepas insiden letusan Gunung Ruang, Indonesia.

“Saya percaya situasi ini hanya sementara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Penview Convention Centre di Kuching pada Khamis.

Terdahulu, Malaysia Airlines mengumumkan pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur sementara lapan penerbangan lagi melibatkan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur.

Penumpang Malaysia Airlines turut diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

Sementara itu, AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan