Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala dan putus tangan kiri ditemui dalam keadaan terbaring di lokasi kejadian. Foto IPD Sibu

Lelaki maut dalam letupan tong minyak hidraulik di Sibu

SIBU, 18 April; Seorang lelaki menemui ajal selepas tong minyak hidraulik meletup di sebuah Pusat Kitar Semula di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada Khamis.

Mangsa berusia 37 tahun ditemui terbaru ng dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihak menerima panggilan daripada orang awam berhubung insiden itu pada jam 1.30 petang.

Bertindak atas maklumat, katanya sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati si mati mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan putus tangan kiri.

“Punca kejadian dipercayai mangsa telah memotong batang besi di atas sebuah tong minyak jenama ‘Repsol’ dengan menggunakan pemotong oksigen.

“Akibat kepanasan tong minyak hidraulik tersebut telah mengembang dan meletup sehingga mengakibatkan kecelakaan pada diri mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, tiada kerosakan harta benda atau kecederaan mangsa lain dilaporkan dan setakat berita ini ditulis siasatan giat dilakukan mendapati kejadian tiada unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan pada 19 April ini bagi mengetahui punca kematian,” jelasnya.

Tambahnya, kes diklasifikasi sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan orang ramai diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan