Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 3,800 orang ditahan di Perancis sebagai sebahagian  daripada operasi besar-besaran untuk memerangi pengedaran dadah yang dilancarkan pada akhir Mac dan awal April di beberapa bandar utama. Foto hiasan Envato.

Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah

ByBernama

PARIS, 18 April: Lebih 3,800 orang ditahan di Perancis sebagai sebahagian  daripada operasi besar-besaran untuk memerangi pengedaran dadah yang dilancarkan pada akhir Mac dan awal April di beberapa bandar utama, lapor Sputnik, memetik Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.

Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh Perancis, termasuk di bandar Paris, Marseille dan Lyon.

“Sebagai sebahagian daripada operasi ini…seramai 67,924 pegawai dan anggota polis telah terlibat untuk membuat 3,814 tahanan,” katanya pada taklimat selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Darmanin berkata pegawai penguat kuasa telah merampas lebih 500 senjata api dan 170 kenderaan. Beliau juga berkata 4 tan dadah dan aset bernilai hampir 20 juta euro (US$21.3 juta) dirampas dalam operasi sama bagi membanteras pengedaran dadah yang dilancarkan akhir tahun lepas.

Pada 19 Mac, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan bahawa operasi “yang tidak pernah berlaku sebelum ini” sedang dijalankan di Marseille untuk membasmi pengedaran dadah selepas gelombang perang samseng melanda bandar pelabuhan selatan itu. Sebelum ini, Macron mengarahkan Darmanin untuk menjalankan 10 operasi setiap minggu untuk membersihkan kawasan kejiranan penjenayah daripada pengedar dadah, lapor stesen penyiaran Perancis, BFMTV.

Bandar Marseille telah menyaksikan lonjakan keganasan berkaitan dadah, dengan 49 orang terbunuh tahun lepas. Macron berkata Perancis terlibat dalam usaha memerangi penyeludupan yang lebih besar bersama-sama Algeria, Sepanyol dan Maghribi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan