Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, semalam. Foto Fadillah Yusof (FB)

Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada pembangkang

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 18 April: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan 2024 secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Mac lalu, tiga pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berjumpa dengan Fadillah di Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan