KUCHING, 18 April: Kenaikan harga hotel susulan peningkatan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula Mac lalu telah dipersetujui pihak Persatuan Hotel Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
“Tiada siapa yang meningkatkannya secara diskriminasi kerana ia juga menjejaskan kedatangan pelancongan industri pelancongan kita.
“Saya tidak dimaklumkan tentang ini namun mereka tidak boleh terus meningkat itu sebabnya anda melihat sama ada ia hotel Hilton, Sheraton atau hotel lain tahun lepas mereka telah meningkat sedikit yang boleh diuruskan dan kadar di Sarawak dianggap sangat rendah,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Penview Convention Centre di Kuching pada Khamis.
Sebelum ini kadar SST adalah pada enam peratus dan kadar baharu cukai itu akan meningkat kepada lapan peratus berkuat kuasa 1 Mac lalu. -TVS