Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awan debu yang terhasil akibat letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU). Foto AFP

Debu letusan Gunung Ruang tidak jejaskan kualiti udara permukaan Sabah, Sarawak

ByBernama

KOTA KINABALU, 18 April: Awan debu yang terhasil akibat letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata bagaimanapun awan debu terhasil akibat letusan gunung berapi setinggi 725 meter dari paras laut itu pada 9.45 pagi, Selasa lepas, menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri berkenaan.

“Ketinggian letusan yang dicerap ialah hingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. MetMalaysia akan terus memantau kesan letusan Gunung Berapi Ruang terhadap negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Indonesia telah meningkatkan amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (Awas) dan menjangkakan gunung berapi itu akan terus aktif serta boleh meletus daripada semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan