Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miro Simuh berkata Bazaar Gawai antara lain bertujuan memberi peluang kepada usahawan kecil memajukan perniagaan mereka. Foto UKAS

Bazar Gawai 2024 di MJC Batu Kawah bermula 16 Mei

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 18 April: Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran Bazar Gawai di MJC Batu Kawah bermula 16 hingga 26 Mei ini.

Berbeza dengan penganjuran yang lepas, Bazar Gawai 2024 diadakan dengan simbolik ‘maad kesah’ yang membawa maksud ‘buka tikar’ dalam bahasa Bidayuh, menandakan permulaan sambutan Hari Gawai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bazar Gawai 2024, Miro Simuh berkata, bazaar tersebut juga bertujuan memberi peluang kepada usahawan kecil memajukan perniagaan mereka.

“Penganjuran kali ini dijangka membabitkan 180 gerai menjual makanan, minuman serta kraf tangan bagi memberi peluang kepada usahawan kecil memajukan perniagaan mereka.

“Gerai-gerai akan mula beroperasi pada 2 petang hingga 12 tengah malam dengan pentas utama untuk pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian yang akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bazar Gawai Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak Bil.2/2024 di sini pada Rabu.

Jelasnya lagi, penganjuran yang memasuki edisi keempat ini akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bazar Gawai 2024, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 17 Mei 2024.

Pada tahun ini, masyarakat Bidayuh diberi tanggungjawab penganjur utama bagi Sambutan Gawai Peringkat  Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan