Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba bersama penduduk kampung menggerakkan usaha mencari wanita warga emas yang dikhuatiri hilang dibaham buaya. Foto Bomba dan Penyelamat

Warga emas hilang ketika cari lokan, dikhuatiri dibaham buaya

BySaibi Gi

KUCHING, 17 April: Seorang wanita warga emas hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Rayu di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata Minu Kin, 79, keluar bersama anak sulungnya pada 8 pagi ini.

“Menurut saksi, iaitu anak saudara mangsa, kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki,” katanya menerusi kenyataan.

Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya menerima panggilan daripada polis pada 1.55 tengah hari.

Pasukan Bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian awal menggunakan bot penduduk di sekitar kawasan dipercayai lokasi serangan.

Setakat petang ini, mangsa belum dijumpai.

Operasi pencarian ditangguh pada 6 petang dan akan disambung semula esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan