Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kali pertama digunakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, 100 pembawa obor akan membawa api itu sejauh 5,000 kilometer melalui 41 bandar selepas belayar di laut di atas kapal layar, Belem. Foto AFP

Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas dinyalakan di Olympia, Greek

ByBernama

ISTANBUL, 17 April: Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas upacara tradisi menyalakannya berlangsung di Olympia, Greek, tempat di mana Sukan Olimpik bermula suatu masa dahulu, lapor Agensi Anadolu.

Kali pertama digunakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, 100 pembawa obor akan membawa api itu sejauh 5,000 kilometer melalui 41 bandar selepas belayar di laut di atas kapal layar, Belem.

“Pada Paris 2024, dengan lebih dua bulan bertemasya tanpa gangguan, kita hidup dalam pengembaraan hebat bersama, di semua wilayah dengan jutaan rakyat Perancis di belakang Sukan ini,” katanya yang memetik kata-kata Tony Estanguet, Presiden Paris 2024 di lawan sesawang Olympics.com.

Kami mahu membuatkan orang bermimpi, kami mahu menunjukkan Perancis yang bersinar. Kami bertuah untuk mendapat sokongan kuat dari semua rantau,” katanya.

Larian berganti-ganti Obor Olimpik itu akan bermula di Perancis pada 8 Mei ini selepas obor yang berapi itu tiba di Marseille.

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan acara terbesar yang dianjurkan di Perancis.

Sukan Olimpik itu akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan