Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penemuan mayat lelaki berusia 57 tahun di Senadin. Foto: BBP Lutong

Mayat lelaki ditemui terapung di longkang Lakeshore Senadin

MIRI, 17 April: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sebuah longkang besar di kawasan perumahan Lake Shore, Desa Senadin di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri mengesahkan menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan daripada pihak polis pada jam 10.23 pagi.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Lah Wan, 57, berbangsa Kayan ditemui lengkap berpakaian di lokasi kejadian.

Sejurus operasi mengeluarkan mayat berkenaan, pasukan Balai Bomba Lutong kemudiannya menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Operasi ditamatkan pada jam 11.38 pagi.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada maklumat terkini daripada pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan