Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata menyasarkan untuk membuka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti tahun ini. Foto fail TVS

Kerajaan sasar buka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti tahun ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 April: Kerajaan menyasarkan untuk membuka empat lagi Pusat Mediasi Komuniti (CMC) tahun ini bagi melengkapi jumlah sedia ada.

Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata pusat itu dicadang dibuka di Putrajaya, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Beliau berkata tahun lepas sebanyak empat CMC berjaya ditubuhkan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak dan Johor.

“Terdapat empat objektif utama penubuhan CMC ini iaitu menawarkan perkhidmatan mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian dan konflik di peringkat komuniti,” katanya dalam hantaran menerusi akaun X milik beliau.

Objektif lain CMC adalah memberikan perkhidmatan mediasi secara probono (percuma), memberikan khidmat nasihat dan kaunseling serta menjalankan aktiviti dan program promosi berkaitan mediasi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan