Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kawasan Samalaju akan diperbesar, tarik lebih banyak pelaburan – Abang Johari

BySteward Dawi

BINTULU, 17 April: Taman perindustrian Samalaju akan dinaik taraf serta diperbesarkan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perkara itu menurut beliau bertujuan untuk menarik lebih ramai pelabur datang ke bandar Bintulu dalam tempoh lima tahun ini.

“Bagi tujuan itu, kita akan terus membangunkan Samalaju menggunakan infrastruktur dan prasarana yang lebih maju,” katanya ketika berucap di dalam Majlis Ramah Ramah Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini.

Bintulu mampu jana 1,500 MW elektrik pada 2028 – Abang Johari

Beliau mendedahkan, Bintulu turut berubah wajah dengan pembangunan prasarana yang moden.

“Tidak lama lagi Jambatan Jepak yang cantik dan moden akan siap,” jelasnya.

Untuk rekod, kemajuan projek Jambatan Bintulu-Jepak mencapai 78.04 peratus sehingga 12 April 2024. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan apabila siap kelak, ia menyingkatkan 6.4 kilometer perjalanan antara bandar Bintulu dan Lapangan Terbang Bintulu.

Pada Isnin, Pengarah JKR Sarawak Datu Richard Tajan bersama rombongan mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan dan penyiapan Jambatan Bintulu-Jepak pada Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan