Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang telah beroperasi selama enam bulan pada Rabu merekodkan 2.56 juta penumpang. Foto fail TVS

Jumlah penumpang HSR Jakarta-Bandung 6 bulan operasi cecah 2.56 juta orang

ByBernama

JAKARTA, 17 April: Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang telah beroperasi selama enam bulan pada Rabu merekodkan 2.56 juta penumpang, kata PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), sebuah konsortium usaha sama antara firma Indonesia dan China yang membina dan mengendalikan HSR, lapor Xinhua.

Menurut KCIC sejak operasi komersial rasminya sekitar pertengahan Oktober tahun lepas, kereta api itu telah mengendalikan 7,050 perjalanan dengan jarak lebih 1.26 juta kilometer.

Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang telah melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000. Jumlah penumpang tertinggi dalam sehari ialah 21,537 manakala kadar penghunian tempat duduk harian tertinggi 99.6 peratus.

KCIC berkata ia menggunakan sepenuhnya pengalaman China mengendalikan kereta api berkelajuan tinggi untuk menjalankan pengurusan operasi dan penyelenggaraan, dalam usaha memastikan kelancaran operasi kereta api dan keselamatan penumpang.

Selain itu, untuk memenuhi keperluan penumpang dengan lebih baik, dasar tambang dinamik diperkenalkan, jadual operasi dioptimumkan dan kemudahan di stesen kereta api diperbaiki, tambahnya.

HSRA yang merupakan yang pertama seumpamanya di Indonesia dan Asia Tenggara, merekodkan dua juta penumpang pada awal Mac, menurut data rasmi.

Timbalan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Septian Hario Seto berkata kereta api itu telah merevolusikan perjalanan antara Jakarta dan Bandung iaitu peralihan daripada berasaskan lebuh raya kepada kereta api.

“Saya yakin pada masa akan datang, corak mobiliti kita akan berkembang daripada pengangkutan individu kepada pendekatan berorientasikan pengangkutan massa yang lebih besar,” kata Seto.

Dengan kelajuan reka bentuk 350 kilometer sejam, laluan HSR sepanjang 142.3 kilometer itu memendekkan perjalanan antara ibu negara Indonesia, Jakarta ke Bandung di wilayah Jawa Barat daripada lebih tiga jam kepada kira-kira 40 minit.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan