Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Naim Paragon Street Mall, Bintulu, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Bintulu mampu jana 1,500 MW elektrik pada 2028 – Abang Johari

BySteward Dawi

BINTULU, 17 April: Bintulu dijangka akan dapat menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 1,500 megawatt (MW) pada tahun 2028 menggunakan kitaran turbin gas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penambahan itu akan berlaku apabila Sarawak membangunkan loji kuasa itu.

Bintulu mampu jana 1,500 MW elektrik pada 2028 – Abang Johari | TVS

“Fasa pertama kita akan menjana tenaga elektrik 1,000MW. Fasa kedua kita tambah 500 MW,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Ramah Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini.

Jelas Abang Johari, ini akan membolehkan Bintulu menjana kuasa elektrik sebanyak 1,500 MW.

“Kita turut berjaya menambah jumlah gas asli yang harus diberikan kepada Sarawak. Ini menunjukkan Petronas dan rakan industri yang lain berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,” jelasnya.

Tambahnya, mereka telah berjaya menambah gas asli daripada 450 MMscfd kepada 1,200MMscfd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan