Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Op Selamat sempena Aidilfitri merekodkan 354 kes kemalangan jalan raya di Sarawak. Foto hiasan Envato

Tujuh kemalangan maut, 354 kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat di Sarawak

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 16 April: Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini merekodkan tujuh kes kemalangan maut di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata jumlah tersebut menunjukkan penurunan satu kes berbanding lapan kes pada 2023.

7 maut kemalangan dalam tempoh seminggu | TVS

“Pengguna kereta adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah empat orang. Ini diikuti oleh pengguna motosikal iaitu tiga orang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Op Selamat bermula 8 April dan berakhir pada 13 April.

Mancha berkata lagi, sepanjang Op Selamat ini, Sarawak merekodkan 354 kes kemalangan jalan raya.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan iaitu daripada 325 kes pada Op Selamat 2023 kepada 354 kes kemalangan jalan raya pada Op Selamat 2024 iaitu peningkatan 29 kes.

Antara punca peningkatan jumlah kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh Op Selamat 2024 ini adalah kerana kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri yang gagal mengawal kenderaan kerana melebihi had laju sehingga terbabas, bertembung depan dengan depan, cuai semasa keluar simpang dan langgar belakang.

“Faktor lain adalah faktor jalan dan bentuk muka bumi seperti jalan berlubang dan selekoh tajam serta faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan