Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dibawa ke Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu hari ini bagi prosiding permohonan reman. Foto Bernama.

Suspek kes tembak di KLIA ditahan depan hospital swasta, direman tujuh hari

ByBernama

KOTA BHARU, 16 April: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan tahanan reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Sekyen 8 Akta Senjata 1960.

Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran

Perintah tahanan reman sehingga 22 April itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap tiba di mahkamah pada 8.25 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran

Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek yang terlibat dengan kejadian itu ditahan pada kira-kira pukul 3 petang semalam, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad lepas, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawal peribadi berkenaan kini dirawat di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan