Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PM baharu, dijangka lebih banyak kerjasama Sarawak dan Singapura – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 16 April: Kerajaan Sarawak menyambut baik pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu  kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau juga mengakui Sarawak selama ini telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Singapura selain beliau turut mengenali Lawrence sebelum ini.

Kerjasama dua hala Sarawak-Singapura bakal dipertingkat | TVS

“Seperti yang anda tahu, kami telah bekerja sangat rapat dengan Singapura dan kami telah bertemu dengan Lawrence dan nampaknya beliau mempunyai pandangan yang cukup baik tentang kerjasama dan persefahaman antara Singapura dan Malaysia khususnya Singapura-Sarawak.

“Saya pasti hanya peralihan yang lancar untuk Sarawak kerana kerajaan tetap sama cuma pemimpinnya bertukar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Dato Sri Naroden Majais di sini, hari ini.

Menurut beliau jalinan kerjasama akan diperkukuh terutamanya dalam sektor tenaga dan perdagangan seperti Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak-Singapura (STATOS).

Tegas Abang Johari, Sarawak turut mengalu-alukan Lawrence yang diakui memiliki pengalaman yang luas berikutan beliau juga merupakan Menteri Kewangan Singapura.

“Dan dia telah memberitahu saya di dalam perbincangan kami bagaimana mereka (Kerajaan Singapura) membantu golongan B40. Saya fikir terdapat pendekatan yang agak baik.

“Jadi, saya fikir apabila anda bercakap tentang bantuan yang disasarkan, Singapura mempunyai model yang baik,” ujarnya lagi.

Pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan semalam bahawa Lawrence akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat republik itu pada 15 Mei, menggantikan Lee Hsien Loong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan