Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Faitullah Morni (TVS).

KPWKM bantu warga emas, siasat isu layanan buruk pegawai JKM – Nancy

BySalasiah Safian

KUCHING, 16 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melakukan sisasatan berhubung isu tular berkaitan sepasang warga emas di ibu negara yang mendakwa mendapat layanan buruk daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan serta telah mengarahkan pegawainya sendiri untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut juga akan mendapatkan bantuan segera daripada KPWKM.

“Jadi Insya-Allah kami pada masa yang sama akan menyiasat apa yang dikatakan di media sosial. Kita tidak dapat menerima begitu sahaja, mungkin ada sebab-sebab tertentu membuatkan perkara-perkara ini menjadi begitu. Kita pun tidak tahu.

“Cuma kita tidak mahu membiarkan itulah apa jadi terutama sekali kalau orang tua kita akan dibuat macam itu. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku kepada kita jadi inilah nilai-nilai yang perlu kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa janganlah ibu bapa dibuat begitu tetapi juga pada masa yang sama kita ada jabatan kebajikan seharusnya membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Perniagaan Tan Sri Bustari Yusof di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, keutamaan kementeriannya adalah untuk membantu pasangan suami isteri tersebut.

Setakat ini, pasangan tersebut telah memberi kerjasama yang baik kepada pegawai kementerian dan mereka telah ditempatkan di rumah transit buat sementara waktu.

Beliau difahamkan bahawa wanita itu bekerja sebagai pembantu kedai di ibu kota.

“Berjual, membantu di kedai makan. Jadi, kita nak menawarkan dia di tempat singgah, transit kita. Untuk sementara waktu, itu yang kita nak bantu.

“Cuma sama ada dia bersetuju atau tidak, tetapi ada perkara-perkara tertentu yang perlu dilakukan lagi untuk kami membantu. Jadi alhamdulilah, sekarang ini, semuanya sudah diselesaikan setakat ini,” ujarnya.

Tambah Nancy lagi, pasangan tersebut berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan bekerja sendiri dan mempunyai pekerjaan sendiri.

Isu ini tular di media sosial dengan sebuah portal berita melaporkan bahawa pasangan ini telah diugut dan dimarahi dua pegawai JKM.

Menurut laporan tersebut, wanita itu yang dikenali sebagai Zainab dan suaminya terpaksa merempat sebagai gelandangan di Kuala Lumpur selepas diusir anaknya sendiri sejak November tahun lalu.

Laporan itu juga menyebut bahawa dua pegawai itu memaksa pasangan suami isteri itu mengemas barang mereka dan meninggalkan Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan