MIRI, 15 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini meneruskan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran timbalan-timbalan menteri di sini.
Mereka berdua mengadakan kunjungan ke rumah Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat.
Rumah terbuka berkenaan turut diserikan dengan kehadiran masyarakat pelbagai latar belakang.
Selain menikmati juadah, para pengunjung dipersembahkan dengan nyanyian lagu-lagu klasik Hari Raya Aidilfitri. – TVS