Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing serta rombongan mengadakan ziarah Aidilfitri ke kediaman Ahmat Adai di Sarikei, hari ini. Foto TVS

Ziarah Aidilfitri erat hubungan PBB dan SUPP

SARIKEI, 14 April: Hubungan erat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) adalah cerminan pemuafakatan ahli parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Cawangan PBB N.41 Kuala Rajang, Ahmat Adai berkata, kerjasama itu bukan sahaja membolehkan setiap program berjalan lancar tetapi juga memudahkan wakil rakyat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Hubungan baik itu katanya, menunjukkan kesepakatan, perpaduan antara kami PBB N.41 Kuala Rajang, SUPP Meradong dan Repok adalah seperti dalam satu keluarga.

“Kita berada dalam satu pasukan sama dan itu adalah kelebihan yang kita miliki.

“Hubungan erat ini amat penting bagi memastikan agenda pembangunan dan pemerkasaan sosio ekonomi rakyat dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmat menerima kunjungan Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang juga Pengerusi SUPP Meradong.

Menurut Ahmat, GPS adalah sebuah parti yang kukuh dan kestabilan itu diperteguhkan lagi dengan jalinan hubungan erat antara ahlinya terutama di peringkat akar umbi.

Ujarnya, ia terbukti apabila setiap program yang dilaksanakan di bintangor khususnya, mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat masyarakat.

“Saya berharap hubungan yang baik seperti ini akan terus kekal, tambahan pula masing-masing memain peranan penting untuk memantapkan perjuangan bagi memastikan kestabilan GPS sebagai tunggak pembangunan Sarawak,” katanya.

Hadir sama Ketua Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor Ley Chee Hua dan Setiausaha Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor, Yong Zinn Horng.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan