Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang diambil pada 14 April 2024, menunjukkan peluru berpandu dilepaskan dari Iran ke arah Israel. Foto AFP

Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia

ByBernama

KUCHING, 14 April: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada Sabtu.

Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu ambil tindakan untuk bawa keluar rakyat kita daripada mana-mana tempat mempunyai risiko yang boleh berlaku serangan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto Zaim Zharfan (TVS)

“Untuk rakyat Malaysia, saya nasihat elakkan dulu mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman di sini hari ini.

Stesen telelevisyen Kerajaan Iran Anadolu pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan