Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kor Pengawal Revolusi Iran memulakan operasi serangan dron menyasarkan sasaran di dalam wilayah diduduki Israel. Foto AFP

Serangan dron dilancarkan ke atas Israel

ByBernama

ISTANBUL, 14 April: Iran mengumumkan satu serangan dron secara komprehensif ke atas Israel.

Agensi Anadolu berkata stesen telelevisyen Kerajaan Iran pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran memulakan operasi serangan dron menyasarkan sasaran di dalam wilayah diduduki Israel beberapa minit sebelum pengumuman itu.

Sebelum ini tentera Israel telah mengumumkan serangan dron itu.

Menteri Luar Iran Abdullahian mengumumkan bahawa negaranya memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai serangannya ke atas Israel.

Dalam hantarannya di laman X , Abdullahian berkata beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Belgium, Belanda dan Pentadbiran Greek Cyprus.

“Serangan rejim Israel ke atas Kedutaan Iran di Damsyik dan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta Konvensyen Vienna dibincangkan. Saya menyampaikan pendirian negara saya dan menegaskan amaran yang diperlukan telah disampaikan kepada AS,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga berkata serangan Israel ke atas Gaza turut dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan