Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berbual dengan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari serta Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kuching, hari ini. Foto Jeeridyne (TVS)

Pejabat Pengurusan Bersepadu berperanan gabungkan tiga pihak berkuasa bekalan air

ByJeeridyne

KUCHING, 14 April: Pejabat Pengurusan Bersepadu (IMO) akan mengendalikan proses penggabungan pihak berkuasa bekalan air di Sarawak, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurutnya, calon yang akan mengetuai IMO telah dikenal pasti yang akan bertanggungjawab menjamin kelancaran penggabungan Lembaga Air Kuching (LAK), Lembaga Air Sibu (LAS) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU).

IMO dibangunkan tahun ini, urus bekalan air Sarawak.

“Nama (entiti baharu) belum diberi, tapi proses penggabungan semua pihak berkuasa bekalan air akan dikendalikan IMO. IMO akan laksanakan pada tahun ini,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, hari ini.

Hadir pada majlis tersebut, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dua timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya lagi, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar belum digabungkan dengan tiga pihak berkuasa bekalan air tersebut.

Julaihi berkata lagi, kerajaan telah meluluskan RM1.083 bilion untuk tempoh lima tahun bagi membiayai projek menaik taraf sistem bekalan air di seluruh Sarawak.

Jelasnya, 2,740 kilometer paip perlu diganti dan dinaik taraf di seluruh Sarawak.

“Untuk tahun pertama sahaja, RM247 juta diluluskan bagi kerja-kerja menambah baik sistem bekalan air,” katanya.

Mengenai pembinaan empangan hidro elektrik melata, beliau berkata kementeriannya sudah mengenal pasti 10 lembangan sungai yang sesuai dibangunkan untuk tujuan itu.

Lembangan sungai dikenal pasti sebagai lokasi empangan melata.

Lembangan sungai yang telah dikenal pasti akan dibangunkan menggunakan teknologi terkini.

“Kita akan menggunakan teknologi dan pendekatan baharu untuk kita bangunkan kuasa hidro kita yang menggunakan arus sungai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan