Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di bangunan Dewan Undangan Negeru Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Kedudukan kerusi DUN tiga wakil rakyat menyertai PDP akan diumum sebelum persidangan Mei ini

BySalasiah Safian

KUCHING, 14 Apr: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing telah mengemukakan surat rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar untuk memaklumkan secara rasmi mengenai penyertaan bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) ke PDP.

Menurut Asfia, King Sing turut memohon pertimbangan untuk mengatur semula tempat duduk tiga bekas ahli PSB tersebut di blok kerajaan.

“Surat tersebut memaklumkan kepada saya bahawa ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Engkilili Johnical Rayong Ngipa dan ADUN Ba’ Kelalan Baru Bian telah menyertai PDP dan diterima oleh PDP sebagai ahli komponen GPS.

“Saya tidak membalas surat tersebut kerana saya baru menerimanya pada 12 haribulan ini. Mereka telah memaklumkan secara rasmi kepada saya, presiden (King Sing) telah memaklumkan kepada saya. Surat itu disalin kepada Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di bangunan DUN Sarawak di sini, hari ini. Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Ditanya sama ada tindakan tersebut dikira sebagai melanggar undang-undang anti lompat parti, beliau berkata mereka tidak mempunyai parti dan bukannya melompat dari satu parti ke satu parti.

Jelasnya, parti tersebut telah dibubar dan selepas itu mereka membuat keputusan secara individu untuk menyertai PDP.

Katanya lagi, tiada keperluan untuk mereka mengosongkan kerusi DUN dan tidak perlu untuk diadakan pilihan raya.

Menjawab mengenai status ADUN Batu Lintang See Chee How, beliau berkata ADUN tersebut tidak menyertai GPS dan kekal sebagai bebas.

“DUN bersidang pada 6 Mei ini, susunan tempat duduk akan diselaraskan dengan sewajarnya apabila saya memberikan sidang media seperti biasa selepas mesyuarat pra majlis, sebelum sidang DUN,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan