Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Umat ​​Islam saling menyapa selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan, di Varanasi pada 11 April, Foto AFP

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India anjur sambutan Aidilfitri

ByBernama

NEW DELHI, 13 April: Diplomat dari negara ASEAN, tetamu terdiri daripada warga tempatan dan komuniti rakyat Malaysia menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini pada Sabtu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa menyambut para tetamu yang hadir termasuk Setiausaha Timur Kementerian Luar India  Jaideep Mazumdar, Duta Eritrea  Alem Tsehaye Woldemariam, Pesuruhjaya Tinggi Brunei  Dato Paduka Alaihuddin Taha, Pesuruhjaya Tinggi Singapura Simon Wong, Duta Thailand  Pattarat Hongtong, Duta Filipina Josel  Ignacio dan Duta Kemboja  Kuong Koy.

Kira-kira 200 jemputan menikmati juadah popular Malaysia seperti sate, lemang, ayam masak merah, rendang daging dan nasi minyak yang disediakan oleh Perwakilan, kumpulan yang mewakili isteri pegawai diplomatik dan petugas Suruhanjaya Tinggi.

Tetamu termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di sini, ahli perniagaan dan warga komuniti tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan