KUCHING, 13 April: Mangsa lemas terakhir dijumpai di air terjun Kampung Sebat Dayak Sematan, Lundu ditemui sekitar 100 meter dari lokasi kejadian, di sini pada pagi tadi.
Mangsa, Vincent Tiong King Cheng, 20 djumpai berada di celah timbunan pokok dan ranting kayu tepi sungai dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan mangsa berkenaan semalam sekitar jam 4.55 petang dan mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
“Mangsa terakhir iaitu mangsa kedua telah dijumpai oleh penduduk kampung pada jam 7.16 pagi.
“Lokasi dijumpai dalam jarak 100 meter dari kawasan terakhir mangsa dipercayai lemas,”katanya.
Menurutnya lagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bertindak mengeluarkan mayat mangsa berkenaan dan seterusnya dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan pengusung.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.” -TVS