Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil inisiatif memperluaskan pengambilan calon guru tajaan kementerian itu bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai ambilan tahun ini. Foto Envato

KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 April: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil inisiatif memperluaskan pengambilan calon guru tajaan kementerian itu bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai ambilan tahun ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia diperluaskan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi.

KPM menyebut ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.

Selain itu ia juga dapat memastikan calon terbaik dipilih bagi mengikuti program itu.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu kekurangan guru selain memastikan kualiti calon guru terbaik yang dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan