Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 April: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu.

Menurut catatan dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

“Sebagaimana saya menegaskan sebelum ini, perpaduan berbilang kaum ialah hadiah yang paling bermakna buat saya.

“Keharmonian dan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara,” titah Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah semoga Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang meraikannya.

Hari Vasakhi menandakan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh.

Sementara itu, Chithirai Puthandu iaitu Tahun Baharu bagi kaum Tamil disambut setiap tahun pada hari pertama dalam kalendar matahari Tamil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan