Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Pan Borneo Sibu – Bintulu, Selangau. Foto IPD Mukah

Wanita maut dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Pan Borneo Sibu – Bintulu

MUKAH, 12 April: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di Kilometer Jalan 82, Jalan Pan Borneo Sibu – Bintulu, Selangau, hari ini.

Insiden kira-kira jam 2 petang itu, mengakibatkan mangsa, Chiang Jie Yie, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang ‘p turn’ untuk menuju ke Sibu dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna yang bergerak lurus dari arah Bintulu.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang duduk di bangku penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala.

“Pada masa yang sama, seorang wanita berusia 25 tahun yang memandu kereta itu mengalami cedera parah di kepala dalam keadaan kritikal. Tiga penumpang kereta itu juga cedera namun dalam keadaan mereka stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala pemandu dan lima penumpang kenderaan pelbagai guna pula katanya, hanya mengalami cedera ringan.

“Seramai 10 mangsa yang cedera berumur sembilan hingga 65 tahun dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, saksi yang melihat kejadian dikehendaki tampil membantu pihak polis dalam melengkapkan siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-3162 7137 atau talian hotline IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan