Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eight people in Morocco have died and dozens of others were hospitalized after drinking homemade liquor, the health ministry said on Wednesday. Photo Envato

Wanita 61 tahun mati dibelasah suami

KULIM, 12 April: Polis memberkas seorang lelaki berusia 57 tahun selepas isterinya maut dipercayai akibat dibelasah dalam kes keganasan rumahtangga di sini 9 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, polis menerima laporan daripada pihak Hospital Kulim berhubung kematian seorang wanita 61 tahun pada pukul 10.43 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa sebelum itu dihantar ke hospital kira-kira pukul 9 malam pada 8 April dari rumahnya di ladang BMR Batu Putih, Karangan sambil diberitahu bahawa dia telah terjatuh di bilik air.

“Setelah diteliti, si mati mengalami kecederaan pada kepala dan terdapat kesan lebam di muka dan keseluruhan badan.

“Hasil bedah siasat turut mengesahkan kecederaan kepala selain kesan lebam baharu dan lama dipercayai akibat keganasan rumahtangga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek direman selama enam hari sehingga 15 April depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan