Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.

Berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor hari ini, Anwar berkata, kerajaan MADANI komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.

“Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

“Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata Anwar dalam akaun Facebooknya.

Laporan video WEF menekankan bahawa Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan