KUCHING, 11 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di Dewan Hikmah Exchange, di sini, petang ini.
Majlis itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki serta isteri,Datin Noor Akmar Hamdan.
Abang Johari serta isteri tiba di majlis berkenaan pada sekitar 4 petang.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta isteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan.- TVS.