Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuk ubi kayu rebus pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul (kiri) di kediaman rasminya di Bukit Tunku, hari ini.Foto, Bernama.

PM hadiri rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di kediaman rasminya, di sini.

Anwar dengan baju Melayu berwarna kuning lengkap bersamping, tiba pada 12.05 tengah hari dan disambut Johari.

Perdana Menteri dan isteri meluangkan masa kira-kira 40 minit di majlis itu, bagi menikmati hidangan selain turut beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Antara juadah yang disediakan antaranya termasuk ubi kayu kukus dan kelapa parut, lemang, rendang, mi rebus, mi goreng, aneka kuih-muih serta cendol.

Majlis yang bermula dari 12 tengah hari hingga 4 petang itu, turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Turut hadir beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Subang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ke-15 (JKPK) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Wong Chen dan Ahli Parlimen Selayang yang juga Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi William Leong Jee Keen.

Selain itu, beberapa perwakilan asing antaranya dari Mesir, Turkiye, Nepal, Algeria, India dan Romania serta ahli korporat dan profesional, turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan